Berita UtamaUtama

Jadi penyokong parti kerajaan bukan tiket untuk kurang ajar

Tindakan lima individu periksa MPV polis melampau: Armada Perak

BANGI, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Perak mengecam tindakan melampau lima individu, dpercayai penyokong Pakatan Harapan (PH), yang memeriksa kereta peronda polis (MPV), pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu.

Ketua Armada Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada pihak polis untuk menjaga keselamatan sama ada bagi pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang, sepatutnya perlu dihormati.

Katanya, semua pihak perlu akur peranan polis dalam memastikan segala urusan pilihan raya kecil ini berjalan lancar sepanjang tempoh kempen berlangsung sehinggalah hari mengundi.

“Menjadi pemimpin atau penyokong parti pemerintah bukanlah tiket kepada mana-mana pihak untuk bertindak kurang ajar dan tidak menghormati pada mana-mana pihak berkuasa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, lima lelaki bertindak memeriksa kereta MPV kerana mendakwa anggota polis membawa lebihan kertas undi dan sebaik bonet MPV dibuka hanya peti ubat dan kon keselamatan ditemukan.

Susulan itu, polis telah menahan dua daripada lima individu yang disyaki memeriksa kereta peronda polis berkenaan. Polis juga kini sedang giat memburu tiga lagi suspek yang masih bebas.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam di lokasi berasingan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung tindakan menghalang tugas penjawat awam pada hari mengundi PRK DUN Rantau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close