Berita UtamaUtama

Forum pengalaman wanita buka tudung akan disiasat

Jabatan Agama Islam Selangor akan laksanakan siasatan dengan adil

KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Program pelancaran buku dan forum mengenai ‘Wanita Muslim dan Tudung’ yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, akan disiasat secara adil dan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.

“Pihak Menteri (Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa) telah pun berhubung dengan JAIS memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.

“Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka. Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya,” kata kenyataan itu.

Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung yang dilihat mendapat maklum balas negatif daripada netizen. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close