Berita UtamaIstimewaUtama

Kadir Jasin beri amaran awal kepada MB baharu Johor

Dr Sahruddin dicadangkan 'berguru' dengan Osman Sapian

BANGI, 8 Syaaban 1440H, Ahad – “Kita akan ukur dan beri penarafan kepada beliau mengikut piawaian rakyat kerana beliau dipilih dan dibagi amanah oleh rakyat,” kata Datuk A Kadir Jasin, ketika mengulas pelantikan Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, hari ini.

Pada masa sama, Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, Sr Sahruddin juga perlu belajar daripada Datuk Osman Sapian, selain mengetahui aspirasi rakyat jelata yang memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri kelahiran UMNO.

Katanya, beliau tidak mengucapkan tahniah kepada Dr Sahruddin kerana dilantik sebagai menteri besar, sebaliknya memberikan ucapan selamat maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab kepada penduduk Johor.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, jika Dr Sahruddin kekal dan berjaya menunaikan tanggungjawab kepada rakyat jelata dan memenuhi aspirasi mereka barulah beliau layak menerima ucapan tahniah.

Kadir berkata, Dr Sahruddin juga tidak perlu diingatkan bahawa beliau mengambil alih jawatan daripada seorang menteri besar yang paling singkat tempoh perkhidmatannya.

“Saya cadangkan beliau “berguru” dengan bekas Menteri Besar, Osman Sapian, tentang mengapa tempoh perkhidmatannya begitu singkat. Beliau juga tidak perlu diingatkan tentang apakah aspirasi rakyat jelata yang memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri kelahiran Umno pada 9 Mei lalu.

“Cuma saya ingin segarkan ingatan beliau kepada hakikat bahawa majoriti rakyat Johor menolak Umno/Barisan Nasional walaupun Istana Johor secara terbuka memihak dalam pilihan raya umum itu.

“Malah ia menggesa pengundi Johor jangan mengubah “jurumudi” dan mengecam individu lidah bercadang yang jelas ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya, hari ini.

Kadir yang juga Tokoh Wartawan Negara berterima kasih di atas keberanian, keikhlasan dan pengorbanan Ahli Exco Negeri dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Johor yang memberikan maklumat dan maklum balas, sehingga membolehkan PH melakukan perubahan.

“Berkenaan Dr Sahruddin, ada yang memberitahu saya bahawa beliau pendiam dan kurang bercakap dalam mesyuarat Exco. Sekarang beliau tidaklah boleh diam lagi atau mengikut apa orang lain kata. Beliau mesti berani dan tegas.

“Saya harap anggota Exco, Adun dan pemimpin parti beri sokongan dan tunjuk ajar kepada beliau dan serentak itu memantau prestasi beliau. ,” katanya.

Ini sebab Osman Sapian hilang kelayakan, kata A Kadir Jasin

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close