Berita UtamaIstimewaUtama

Tok Mat menang bergaya di Rantau, BN cipta ‘hatrik’ PRK

Mohamad Hasan menang majoriti 4,510 undi kalahkan 3 calon lain

RANTAU, 7 Syaaban 1440H, Sabtu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, selepas calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, 62, mengalahkan calon kerajaan, dan dua calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Keputusan rasmi yang dipaparkan pada skrin layar Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini, menunjukkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menang dengan majoriti 4,510 undi apabila memperoleh 10,397 undi.

Calon kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dr S Stretam, 64, memperoleh 5,887 undi, sementara dua calon Bebas, Mohd Nor Yasin dan R Malarvizhi, masing-masing memperoleh 79, dan 83 undi.

DUN Rantau dengan keluasan 15,960.74 hektar, mempunyai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, empat orang pengundi tidak hadir luar negara dan selebih 118 pengundi awal.

Daripada jumlah itu, 55.51 peratus atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh orang).

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober), yang semuanya dimenangi PH.

Bagaimanapun, BN memenangi PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, dan DUN Semenyih (2 Mac).

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat PH yang menunjukkan rakyat menolak gabungan parti itu, dan memilih kerjasama UMNO dan PAS.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close