Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Remaja Palestin maut ditembak

17 peserta 'the Great March of Return' cedera tunjuk perasaan

GAZA, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Askar rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja berusia 15 tahun, ketika tunjuk perasaan di pagar keselamatan sempadan di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Moussa Ali Abu Shlouf ditembak di perut ketika tunjuk perasaan di timur Jabaliya.

Pada masa sama, 17 lagi rakyat Palestin yang menyertai ‘the Great March of Return’ turut cedera, termasuk anggota sukarelawan perubatan, yang cedera akibat gas pemedih mata.

Ini adalah Jumaat minggu ke 54 rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan menuntut tanah mereka yang dirampas dan diduduki secara haram oleh rejim Zionis dikembalikan.

Mereka juga menuntut kepungan 11 tahun dikenakan ke atas Semenanjung Gaza ditamatkan serta-merta.

30 Mac lalu, empat rakyat Palestin ditembak mati askar rejim Israel tatkala menyertai tunjuk perasaan menyabung setahun the Great March of Return.

Lebih 210 warga Palestin terbunuh dalam tempoh itu, sementara kira-kira 16,650 lagi cedera. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close