Berita UtamaDuniaUtama

15 rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hotel di Danok

Beberapa penghuni terperangkap terpaksa terjun dari tingkat atas hotel

SADAO, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Seramai 15 rakyat Malaysia dilaporkan mengalami sesak nafas dan cedera susulan kebakaran sebuah hotel di Danok, Thailand, tidak jauh dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, pagi tadi.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, mereka terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Daripada jumlah itu, lapan sudah dibenarkan keluar, sementara tujuh lagi masih menerima rawatan. Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia dilaporkan susulan insiden kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sadao, Lt, Kol Winai Sakeeyasatien berkata, seramai 30 pelanggan menghuni hotel 200 bilik itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Media melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi (7 pagi waktu Thailand) itu, semua rakyat Malaysia berkenaan dikatakan sedang tidur sebelum api mula merebak di tingkat bawah hotel.

Pihak pengurusan hotel dikatakan sempat mengarahkan semua pelanggan hotel keluar dari bangunan, namun terdapat beberapa penghuni terperangkap di tingkat atas.

Berikutan itu, beberapa penghuni dilaporkan terpaksa terjun dari tingkat atas hotel menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close