Berita UtamaSuara UmatUtama

Air mata dan jaket pensyarah

Kisah suka duka pelajar berbaju lengan pendek terima ijazah

(Bahagian konvo perlu sediakan baju/kemeja/kurung/blaus untuk mereka yang tidak menepati syarat pakaian. Mungkin terlupa – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar).

 

Penerbangan dari Sabah telan belanja sehingga RM800.

“Saya beli tiket last minit Doktor,”.

“Mak ayah tak dapat ikut sebab mahal”.

Saya angguk tanda faham.

Pelajar ini bergraduasi semalam. Rakannya juga asal Terengganu naik motor sahaja dan menumpang di rumah kawan.

Ketika orang lain bergembira bersuawa foto bersama keluarga dan kenalkan pada bakal mertua, mereka bersendirian sahaja.

Sebelum perarakan istiadat masuk, saya dihampiri petugas konvo.

“Doktor, pelajar ini tidak boleh masuk sebab bajunya lengan pendek. Syarat istiadat baju mestilah berlengan panjang.”

Semua orang mulai panik.

Perbarisan pelajar mula berarak keluar menuju ke dewan. Pelajar ini buntu, dia ditahan.

Dia datang jauh dari Sabah dan tak dibenarkan masuk ke dalam dewan utama.

Saya juga jadi buntu waktu itu, dalam saat singkat untuk membantu.

Wajahnya mula berubah. Dia sampai dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu 4 jam perjalanan, dari Kuala Lumpur ke Seri Iskandar, 3 jam lagi dengan bas.

Saya bukakan jubah yang saya sarungkan dan berikan jaket yang saya pakai untuk dia gunakan, ia tindakan spontan.

Dia terus peluk saya. Bertakung air mata diwajahnya terharu.

Urusetia bersorak gembira, saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain.

Tamat majlis istiadat, saya tahu dia tiada keluarga bersama.

Maka saya bersama Prof Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman raikan mereka dengan makanan di McDonalds bersama-sama.

Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta saat graduasi kita, ada mata yang bergenang air matanya kerana tiada keluarga bersama.

“Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir ini”.

Mendengar itu cukup membuat hati saya berkata:

“Lelaki ini pasti berjaya”

Melangitkanlah impianmu wahai anak muda.

Azizul Azli Ahmad

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close