Berita UtamaUtama

Ini sebab Osman Sapian hilang kelayakan, kata A Kadir Jasin

Penasihat media pejabat PM yakin Osman berdepan tekanan parti

BANGI, 4 Syaaban 1440H, Rabu – “Kita tahu apa kesilapan dan kegagalan Osman. Antaranya beliau dilihat sebagai tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang memilihnya. Beliau tidak mentadbir Johor berasaskan suara majoriti, tetapi terus tunduk kepada kepentingan sempit golongan elit dan berduit.

“Isu status pemilikan tanah Pulau Kukup, pemugaran hutan bakau untuk mendirikan kawasan riadah eksklusif golongan elit dan pengambilan tanah sesuka hati semuanya melanggar janji pilihan raya PH dan aspirasi rakyat jelata yang memilih PH pada 9 Mei lalu.”

Itu kata Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, ketika mengulas peletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Sambil yakin bahawa Osman berdepan tekanan Pakatan Harapan (PH), terutama daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya meletak jawatan, beliau berkata, tindakan itu adalah langkah bertimbang rasa demi kebaikan rakyat Johor.

“Saya juga tidak bersimpati dengan Osman kerana secara bersemuka saya telah bercakap sendiri dengan beliau ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan beliau meyakinkan saya bahawa tuduhan ke atasnya adalah tidak benar.

“Kita tidak boleh sekali-kali menerima dan melayan cabaran daripada golongan elit terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Orang Johor berhak mendapat Menteri Besar yang mampu menaikkan maruah mereka.

“Menteri Besar yang mewakili keseluruhan rakyat jelata Johor dan bukan kelompok tertentu. Apa guna mereka bermegah-megah dengan slogan dan identiti negeri kalau mereka tidak ada digniti,” katanya.

A Kadir juga mengimbas masa lalu berhubung perebutan kuasa di kalangan kelompok yang diamanahkan untuk mentadbir di beberapa negeri, dengan menyatakan Kerajaan Pusat boleh campur tangan.

“Sebagai negara Persekutuan, Kerajaan Pusat mempunyai hak untuk campur tangan. Dalam kes ekstrem ia boleh mengisytiharkan darurat bagi menjamin atau mengembalikan ketenteraman awam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close