Berita UtamaUtama

Hina rakyat Kelantan: Kerajaan negeri maafkan pengerusi SPR

Tindakan Azhar sekali gus membersihkan nama baik rakyat, kata MB

BANGI, 1 Syaaban 1440H, Ahad – Kerajaan Kelantan menerima permohonan maaf daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengguris hati rakyat negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih kepada Azhar kerana mengakui kesilapan dan sanggup membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau berkata, tindakan Pengerusi SPR itu sekali gus membersihkan nama baik rakyat Kelantan, tidak kira yang berada di negeri itu atau luar negeri.

“Alhamdulillah, kita menerima mohon maaf dan terima kasih,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Jumaat lalu, Azhar dalam satu kenyataan rasmi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengundi Kelantan berhubung kenyataan yang disiarkan oleh pihak media membabitkan pengundi di luar negeri Kelantan.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat dia mendaftar sebagai pengundi walaupun tinggal di tempat lain.

Disebabkan itu, katanya, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri berkenaan untuk mengundi menyokong hudud, sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close