Berita UtamaDuniaEropahTimur TengahUtama

Parti Erdogan kalah pilihan raya tempatan di tiga bandar besar

Istanbul, Ankara dan Izmir 'ditawan' parti Republikan, lapor Anadolu

ANKARA, 26 Rejab 1440H, Selasa – Parti pemerintah Turki, AK, kehilangan kuasa di tiga bandar terbesar di negara itu – Istanbul, Ankara dan Izmir – dalam pengundian pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang menakjubkan bagi Presiden Recep Tayyip Erdogan, menurut keputusan tidak rasmi yang diterbitkan agensi berita Anadolu.

Keputusan rasmi akan dikeluarkan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya Turki menilai bantahan daripada parti yang bertanding.

Keputusan tidak rasmi dikeluarkan Anadolu menunjukkan calon Parti Rakyat Republikan (CHP), Ekrem Imamoglu memenangi saingan sengit di Istanbul, dengan 48.8 peratus undi, sementara calon AKP, Binali Yildirim memperoleh 48.5 peratus.

Di Ankara, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon CHP, Mansur Yavas mendapat 50.9 peratus undi, sementara calon AKP, Mehmet Ozhaseki mengikuti rapat dengan 47.2 peratus.

Di bandar ketiga terbesar di Turki – Izmir – pula, calon CHP, Mustafa Tunc Soyer, mendahului dengan 58 peratus, manakala Nihat Zeybekci (AKP) mendapat 38.5 peratus undi.

Parti pemerintah AKP yang bertindak sebagai Pakatan Rakyat, kalah dalam pilihan raya tempatan, Ahad lalu, yang diadakan tatkala Turki berada dalam kemelesetan ekonomi pertama dalam 10 tahun, sementara nilai mata wang juga jatuh sehingga 40 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Perebutan di Istanbul juga sengit apabila kedua-dua parti bertanding mendakwa menang bagi pilihan raya datuk bandar.

Binali Yildirim lebih awal mendakwa mencapai kemenangan apabila mendahului dengan 4,000 undi, tetapi kemudian mengaku beliau ketinggalam 25,000 undi di belakang Imamoglu, yang menggabungkan parti-parti kecil membentuk Perikatan Kebangsaan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close