Berita UtamaUtama

‘Orang Rantau tak kisah 1MDB…dikisah duit tak ada beli barang’

Tak pernah timbul isu anak tirikan sesiapa ketika jadi MB: Tok Mat

BANGI, 26 Rejab 1440H, Selasa – Pakatan Harapan sepatutnya memikirkan nasib rakyat dan keperitan hidup yang dialami mereka, bukannya menjaja isu yang tidak relevan seperti kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, kerajaan hari ini gagal mengurus ekonomi negara dengan baik, apabila pelbagai bantuan kepada rakyat dikurang dan dihentikan.

“Orang Rantau tak kisah pasal 1MDB, yang dikisah susah nak beli barang duit tiada. Cuba lihat pekebun-pekebun kecil, Rantau ini banyak pekebun kecil dengan harga getah merudum dan harga sawit merudum, dia nak makan apa?

“BR1M; Bantuan Rakyat 1Malaysia (sekarang dijenamakan Bantuan Sara Hidup) yang ditunggu-tunggu semua dapat sikit dan dipotong. Paling teruk sekali bila melawat kawasan berjumpa dengan rakyat, mereka mengadu kepada saya ramai orang yang telah diberhentikan bantuan kebajikan terutamanya orang India.

“Saya pun tidak tahu sebab. Inilah orang yang dahulunya memang susah, kita bagi bantuan tetapi bila saya pergi di Saga tempoh hari lalu, ada seorang makcik nak menangis berkata ‘saya punya kebajikan sudah potong, saya anak tiada duduk satu orang…’” katanya seperti dilapor Umno Online.

Mengulas lanjut, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mengakui situasi sekarang berbeza ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Katanya, tidak pernah timbul isu menganaktirikan sesiapa dalam memberikan bantuan kerana hasil pendapatan negeri diagihkan secara saksama tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Hasratnya jika diberi kepercayaan oleh rakyat di Rantau kelak, beliau akan membangkitkan perkara itu di dalam Dewan Undangan Negeri.

“Salah satu soalan yang saya akan tanya dalam dewan jika menang, mengapa dan berapa ramai yang menerima bantuan kerana setahu saya semasa zaman saya, lebih tiga ribu orang mendapat bantuan kebajikan masyarakat berserta baitulmal.

“Berapa ramai yang telah diberhentikan dan mengapa. Nak kata Negeri Sembilan tiada duit, saya tinggalkan banyak duit, rizab banyak saya tinggalkan.

“Kalau Kerajaan Persekutuan tiada kemampuan kerajaan Negeri Sembilan tanggunglah dahulu seperti yang pernah kita buat dahulu, menambah apa yang dikurangkan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close