Berita UtamaUtama

Ekonomi terus lembab selepas PH perintah: Najib

Hutang negara tak kurang tapi naik berganda berbanding zaman BN

BANGI, 23 Rejab 1440H, Sabtu – Ekonomi terus lembab selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu, sehingga menyebabkan hutang negara bertambah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) jatuh berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebab hutang negara kini bertambah.

Malah, katanya, unjuran harga minyak dunia pada AS$72 ditetapkan dalam Bajet 2019 oleh ‘Menteri Kewayangan’ juga tidak tercapai.

“Harga minyak dunia tidak pernah sampai tahap ini hari sejak Bajet 2019 diumumkan. Ini menyebabkan bajet sudah lari dan hasil yang diunjurkan telah kurang.

“Serta duit sudah diguna entah mana oleh PH walaupun banyak projek rakyat telah dihentikan dan bantuan rakyat telah diturunkan atau dimansuhkan,” katanya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Najib turut mengulas mengenai laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kedudukan pinjaman sukuk dan bon kerajaan sehingga akhir suku pertama 2019.

Najib berkata, dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, kerajaan PH telah meminjam RM36.5 bilion dengan menerbitkan bon pinjaman baru dan membayar balik RM7.7 bilion, iaitu peningkatan bersih hutang bon sebanyak RM28.8 bilion.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika dimasukkan bon samurai bernilai RM7.3 bilion pada bulan Mac juga, hutang negara sudah bertambah menjadi RM36.1 bilion dalam suku pertama tahun ini.

“Kenaikan hutang ini ialah pada kadar jauh lebih cepat berbanding masa BN,” kata beliau.

Dalam pada itu bekas Perdana Menteri berkata, data rasmi BNM mengesahkan hutang negara meningkat menjadi RM777.2 bilion setakat hari ini.

“Ini ialah peningkatan RM90.4 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN. Jika kita mengambil kira wang RM82 bilion Petronas yang dijarah oleh PH, hutang negara pada hari ini sebenarnya adalah RM859.2 bilion – iaitu kenaikan sebanyak RM172.4 bilion sejak akhir tahun 2017 di bawah BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan janji PH sebelum ini untuk mengurangkan hutang negara.

“Di mana perginya janji PH untuk mengurangkan hutang negara? Hutang tidak kurang tetapi telah naik dengan kadar berganda lagi berbanding BN,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close