Berita UtamaTULARUtama

APM bergelut hampir empat jam tangkap ular sawa 180 kilogram

KUANTAN, 22 Rejab 1440H, Jumaat – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang ‘bergelut’ selama hampir empat jam sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram di sini, awal pagi tadi.

Pegawai APM Kuantan Muhammad Ikram Harun berkata ular sawa itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.40 pagi semasa reptilia berukuran lebih sembilan meter itu sedang menyeberangi Jalan Semambu di sini, untuk ke kawasan semak berhampiran.

“APM mengambil masa yang lama kerana ular itu bertindak agresif mungkin kerana berasa terancam dengan kehadiran anggota APM ini, selain faktor saiznya yang besar.

“Kami menggunakan penjerut dan penyepit untuk menangkap ular itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Ikram berkata ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk di sini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close