Berita UtamaDuniaIstimewaPalestinUtama

Roket Gaza kena rumah di Israel

Rejim pengganas Zionis pertingkat serangan sasar pejuang Hamas

SEMENANJUNG GAZA, 18 Rejab 1440H, Isnin – Roket dilandarkan pada awal pagi tadi dari Gaza mengenai sebuah rumah di utara Israel, mencederakan tujuh penduduk, sekali gus menyemarakkan lagi ketegangan antara rejim pengganas Zionis dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Tujuh warga Israel itu cedera selepas roket mengenai rumah mereka di utara Tel Aviv, sementara rejim pengganas Zionis membalas serangan itu dengan menyasarkan kedudukan pejuang Hamas.

Ini adalah kali pertama tahun ini dilaporkan bahawa roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza mengenai sasaran. Sebelum ini, kebanyakan roket menyasarkan Israel dipintas sistem pertahanan Iron Dome rejim Zionis.

Tembakan roket ke arah Israel kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas dua serangan udara oleh rejim Zionis yang menyasarkan kubu pejuang Hamas.

Pegawai tentera rejim pengganas Israel mendakwa serangan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza mengejutkan penduduk Sharon apabila siren dibunyikan, sebelum letupan menggegarkan beberapa rumah.

Rumah warga Israel musnah selepas terkena serangan roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza hari ini, menyebabkan tujuh penduduk cedera.

Pergolakan antara Hamas dan Israel memuncak sejak serangan roket pertama pada petang Jumaat lalu, sehingga kedua-dua pihak terus berbalas serangan dan mengorbankan dua anggota kanan pejuang Hamas.

Israel berterusan bersikap ‘pengecut’ dan mengatakan Hamas bertanggungjawab terhadap semua serangan yang berlaku dari wilayah di bawah pemerintahannya.

Serangan roket hari ini juga dibuat selepas tiga warga Palestin terbunuh, manakala ratusan lagi cedera ditembak askar rejim Zionis di sempadan Gaza-Israel.

Pada masa sama, saksi memberitahu Hamas memindahkan beberapa kakitangannya dari bangunan kerajaan, bagi mengelakkan menjadi sasaran serangan balas rejim Zionis.

Hamas turut mengumumkan pemimpinnya di Gaza, Yahya Sinwar membatalkan ucapan kepada umum kerana bimbang menjadi sasaran rejim, sementara Israel menutup lintasan kargo di Gaza. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close