Dunia

21 maut dalam banjir besar sejak 50 tahun di Kalimantan Selatan

63,608 mangsa hilang tempat tinggal, kemudahan awam tenggelam

JAKARTA, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dan 63,608 yang lain kehilangan tempat tinggal akibat banjir di 11 kawasan di wilayah Kalimantan Selatan, menurut pegawai.

Komander tentera, Briged Jeneral Firmansyah berkata, banjir di wilayah berkenaan disebabkan daripada hujan lebat berterusan yang melanda sejak 12 Januari lalu.

“Sebanyak 342,987 mangsa terjejas dan 66,763 buah rumah ditenggelami air,” katanya dalam sidang akhbar secara atas talian, semalam.

Banjir besar itu juga turut menenggelamkan kemudahan awam termasuk jalan raya, 21 jambatan, 110 rumah ibadat dan 76 sekolah. 

“Lebih 18,000 hektar tanah pertanian juga terjejas menyebabkan semua tanaman musnah akibat banjir di 11 kawasan di wilayah ini,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan banjir di Kalimantan Selatan adalah yang paling terbesar sejak 50 tahun lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button