Berita UtamaUtama

Ringgit masih lemah

Pasaran bimbang kesejahteraan ekonomi global

KUALA LUMPUR, 18 Rejab 1440H, Isnin – Ringgit ditutup lebih rendah, berbanding dolar US hari ini, sama dengan mana-mana mata wang Asia yang lain, akibat ketiadaan pemangkin positif, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditambat pada 4.0670/0700 daripada 4.0600/0650 ketika ditutup pada Jumaat sebelum ini.

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran terjejas disebabkan kebimbangan mengenai kesejahteraan ekonomi global.

Nilai Ringgit juga lebih rendah dibandingkan dengan mata wang utama lain.

Ia menurun berbanding yen Jepun kepada 3.6896/6933 daripada 3.6735/6784 yang dicatatkan Jumaat lepas dan turun berbanding euro kepada 4.6030/6081 daripada 4.5882/5959.

Ringgit juga menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0106/0139 daripada 3.0047/0096 dan merosot berbanding pound British kepada 5.3579/3634 daripada 5.3178/3260. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close