Berita UtamaUtama

Pemohon bantuan JKM tak perlu dapat sokongan wakil rakyat

Tempoh kelulusan dikurangkan kepada seminggu berbanding 2 bulan

KUALA LUMPUR, 18 Rejab 1440H, Isnin – Pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu mendapatkan sokongan wakil rakyat seperti sebelum ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, ini berikutan rintihan dan aduan pemohon yang memberitahu proses mendapatkan sokongan itu menyukarkan urusan permohonan bantuan.

“Sekarang pemohon tidak perlu cari anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri untuk menyokong permohonan mereka (tandatangan di ruang saksi). Kita terima aduan ada wakil rakyat yang tidak mahu menandatangani borang permohonan sekiranya pemohon bukan ‘penyokong’ mereka.

“Jadi semua kolum sebegini telah dikeluarkan daripada borang permohonan supaya proses lebih senang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Borang permohonan bantuan JKM turut dikurangkan daripada sembilan kepada tiga muka surat sahaja bagi menyenangkan pemohon selain mengurangkan kerenah birokrasi.

Yeoh berkata, tempoh kelulusan untuk kes ‘clear cut’ juga telah dikurangkan kepada seminggu berbanding dua bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, Yeoh berkata, permohonan bantuan juga boleh dilakukan dalam talian iaitu melalui http://spbk.jkm.gov.my dengan memuat naik dokumen berkaitan dan seterusnya menyemak status permohonan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close