Berita UtamaDuniaEropahUtama

VIDEO | Kapal persiaran rosak: 1,300 penumpang, kru dipindah

MV Viking Sky hantar isyarat kecemasan berdepan cuaca buruk

OSLO, 17 Rejab 1440H, Ahad – Kira-kira 1,300 penumpang dan kakitangan sebuah kapal persiaran yang dalam pelayaran di barat Norway diselamatkan, selepas ia mengalami masalah enjin dan berdepan tiupan angin kencang.

Polis di negeri More og Romsdal dan agensi penyelamat Norway berkata, MV Viking Sky menghantar isyarat kecemasan ketika angin kencang dan ombak besar.

Polis berkata, kapal persiaran itu menghadapi masalah enjin dan angin kencang, tetapi semua penumpang dan anak kapal telah dipindahkan menggunakan helikopter.

Lima helikopter dan beberapa bot digunakan untuk mengangkut penumpang ke daratan.

Bagaimanapun, sebuah kapal pengangkut, Hagland Captain, turut mengalami masalah enjin dan dua helikopter dilencongkan untuk menyelamatkan krunya.

Helikopter digunakan untuk memindahkan penumpang dan kru kapal persiaran MV Viking Sky yang menghadapi masalah enjin, ombak tinggi dan angin kencang di Norway.

Berita mengenai kapal persiaran itu menghadapi masalah enjin diterima kira-kira jam 2 petang waktu tempatan (13:00 GMT).

Laporan mengatakan kapal itu kemudian boleh digerakkan menggunakan satu enjin, namun usaha memindahkan penumpang dan krunya diteruskan.

Polis berkata, tiada siapa yang cedera teruk, namun ada laporan mengatakan lapan penumpang mengalami kecederaan ringan.

Laporan juga menyebut bahawa kebanyakan penumpang adalah warga British dan Amerika Syarikat. Laman web MarineTraffic menunjukkan kapal itu dalam pelayaran ke Stavanger dari Tromso.

Institut Meteorologi Norway berkata, ketinggian ombak ketika itu mencapai 10 meter. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close