Berita UtamaIstimewaKata PedangUtama

Petualang, ‘Tugu Wira Komunis’

Tugu Wira Jepun sudah dibina. Bila lagi nak iktiraf komunis?

TUGU Wira Jepun sudah dibina di Kedah. Lepas ini bolehlah bina pula ‘Tugu Wira Komunis’. Pedang cadangkan tugu itu dibina di Perak, sebab di negeri itulah ramai antara perajurit – anggota polis hutan dan askar – kita terkorban atau cedera dan menanggung kesan sehingga sekarang.

Di hutan Perak itulah menyaksikan anak bangsa Melayu menggadai nyawa mempertahankan negara. ‘Ops Bamboo’ pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, antara peristiwa menentang pengganas komunis yang tak akan dilupakan oleh perajurit kita.

Anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) – sekarang dikenali Pasukan Gerakan Am – terutama daripada Brigade Utara berpangkalan di Hulu Kinta, termasuk keluarga mereka, tak akan melupakan sejarah hitam hutan Perak.

Pada tahun-tahun 80-an, Pedang lihat sendiri bagaimana padang yang terletak antara dua ‘bukit pegawai’ di dalam kem Hulu Kinta itu menerima ramai anggota polis yang cedera, selepas bertempur dengan pengganas komunis dalam ‘Ops Bamboo’.

Namun, walaupun berada di atas usungan, anggota PPH tetap mengangkat senjata sambil menjerit kepada rakan-rakan lain yang sedang menunggu – “masuk… masuk” – gesaan yang menaikkan semangat perajurit kita untuk melawan pengganas komunis, membebaskan tanah air yang sekarang ini dikuasai ultra kiasu. – Bagaimana nasib keluarga mereka sekarang?

Demikian juga tragedi serangan hendap pengganas komunis di Kroh (Pengkalan Hulu) pada 1979 ke atas sepasukan anggota tentera yang membawa pesakit.

Dalam serangan itu, tiga anggota tentera dan dua orang awam terbunuh. Anggota tentera yang terkorban ialah Koperal Ramli Abdul Rashid (komander/ketua kereta perisai); Trooper Azmi Rahman (pemandu kereta perisai) dan Trooper Abu Hassan Syeikh Daud (jurumeriam/gunner kereta perisai). – Bagaimana nasib keluarga mereka sekarang?

Selepas komunis meletak senjata, masih ada petualang-petualang dalam negara yang bergerak menjadi ‘pejuang dan pembela’ mereka – mula-mula tak berapa nampak, tapi selepas 9 Mei 2018 ia semakin jelas dan terang.

Apa nak malu bossku… bina sajalah ‘Tugu Wira Komunis’. Tunjukkan kepada rakyat, terutama bangsa Melayu, bahawa pengorbanan mereka, kebaikan mereka, toleransi mereka, hanya sia-sia.

Tunjukkan kepada bangsa Melayu yang bangkit menentang Jepun dulu – dengan paling lekeh ada yang menggunakan keris – bahawa pengorbanan mereka hanya untuk membolehkan kaum lain hidup selesa, bahagia, kaya raya.

Orang Melayu dan 98 peratus perajurit Melayu dulu berjuang menggadai nyawa untuk membolehkan sembilan daripada 10 orang terkaya di Malaysia sekarang ini dikuasai bukannya Melayu. Tapi adakah pengorbanan mereka dihargai atau dihormati?

Sekarang ini yang nampak ialah lebih banyak menyakitkan hati. Patutnya dulu biar saja Jepun ‘cuci’ mereka ini seperti dalam Perang Sino-Jepun Kedua.

Tugu Wira Jepun sudah dibina di Kedah. Dirasmikan pula oleh Ahli Exco Negeri Kedah yang mengaku tidak membaca perkataan ‘wira’, yang selepas tugu itu menjadi isu besar, mula cuci tangan dengan mendakwa bukan salah kerajaan Pakatan Harapan Kedah.

Hari ini, Ahli Exco itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris tiba-tiba mengaku silap dan beliau sendiri bertindak membuang papan tanda ‘wira’ Jepun itu.

Yang silap besarnya ialah wakil rakyat PH tak sensitif isu. Tapi memang sudah menjadi kebiasaan wakil rakyat PH tak sensitif isu, terutama berkaitan Islam. Mereka senang-senang keluar kenyataan menghina kemudian menarik balik kenyataan itu.

Pedang angkat jari tengah kepada mereka kerana mempunyai strategi sedemikian (eh!.. Pedang tarik balik lah kenyataan ini).

Pedang kesian juga pada Datuk Seri Najib Razak. Tentu kerajaan PH menyalahkan beliau susulan pembinaan ‘Tugu Wira Jepun’ itu.

“Dah mula nak cuci tangan. Rupanya memberi gelaran “wira” atau “hero” kepada askar Jepun yang menjajah Tanah Melayu bukan salah kerajaan PH.

“Kalau bukan salah PH, salah siapa? Salah saya lagi ke? Atau ini salah rakyat kerana EXCO ini langsung tak baca apa yang dia rasmikan?

“EXCO PH ini kata orang lain yang bayar. Dia ke majlis itu sana untuk merasmikan sahaja. Dia langsung tak tahu apa yang dia rasmikan?,” kata Najib dalam Facebooknya hari ini.

Kata Pedang: Mahasiswa UM yang mencetuskan kekecohan Jumaat lalu kata mereka sebelum ini pernah sertai demonstrasi terhadap PH, tetapi tidak diganggu. Memanglah tak diganggu kerana masa tu kamu tak buat provokasi bawa plakard menggambarkan orang tertentu sebagai badut.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-212

DOWN MEMORY LANE: KEPERIBADIAN ASP ZABRI

“Arwah ASP Zabri seorang pegawai yang sangat tegas. Tiada istilah ‘main-main’ setiap kali saya dan rakan-rakan menjalankan operasi bersamanya.

“Beliau selalu berpesan agar kami menjalankan tugas dengan sebaiknya setiap kali masuk ke dalam hutan bagi menjejaki pengganas komunis,” cerita Sarjan Mejar Apot Saad (pakar penjejak terbaik 69 Komando) mengenai peribadi bekas ketuanya, Allahyarham ASP Mohd Zabri Abdul Hamid.

“Arwah seorang yang hebat dan sehingga ke hari ini, tiada siapa yang dapat menandinginya,” ujar Sarjan Mejar Apot ketika pertemuan kami di kediaman beliau di Kampar, Perak.

Allahyarham ASP Zabri terkorban dalam Ops Bamboo 6 di Sungai Kenerong, Perak pada 4 September 1975, akibat cedera parah di bahagian kaki selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis. – PDRM

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close