Berita UtamaDuniaUtama

VIDEO | 4 pemuda Palestin dibunuh dalam tempoh 24 jam

Manasrah dituduh baling batu ke arah kenderaan dinaiki askar Israel

TEBING BARAT, 14 Rejab 1440H, Khamis – Seorang lagi pemuda Palestin menjadi mangsa kekejaman pengganas Israel apabila ditembak mati rejim itu semalam, berdekatan Bethlehem.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Ahmed Jamal Mahmoud Manasrah, 26 meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Beit Jala.

Manasrah ditembak pengganas kerana dituduh membaling batu ke arah kenderaan yang dinaiki askar Israel, yang disifatkan penduduk Palestin sebagai alasan tidak munasabah.

Penduduk Palestin di Nablus malam tadi berhimpun dan berkabung dengan kematian Manasrah. 

Kematian anak muda itu berlaku dalam tempoh 48 jam, selepas tiga lagi pemuda Palestin dibunuh rejim Zionis, manakala lebih 10 yang lain cedera parah dalam kejadian berdekatan Nablus. 

Raid Hamdan, 21, dan Zaid Nouri, 20, terbunuh apabila ditembak tidak jauh dari ‘Makam Nabi Yusof’, kerana dituduh melempar bahan letupan ke arah askar yang mengawal sekumpulan penganut Yahudi yang melawat perkuburan berkenaan.

Manakala, Omar Amin Abu Lila pula ditembak mati kerana disyaki membunuh rabbi Yahudi, dan seorang askar rejim Israel di Tebing Barat. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close