Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

VIDEO | 33 kanak-kanak antara 55 lemas feri terbalik di Iraq

Feri bawa hampir 200 penumpang terbalik di Sungai Tigris

MOSUL (IRAQ), 14 Rejab 1440H, Khamis – Puluhan warga Kurdish dikhuatiri lemas selepas feri membawa kira-kira 200 penumpang terbalik di Sungai Tigris, dekat sini, hari ini.

Pengarah Pertahanan Awam Mosul, Kolonel Husam Khalil berkata, setakat ini sekurang-kurangnya 45 mayat disahkan ditemui.

Kejadian berlaku pada hari cuti umum sempena sambutan Nowruz.

“Kami sudah mengeluarkan 45 mayat dan angka kematian dijangka terus meningkat. Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak dapat berenang,” katanya.

Feri itu dipercayai membawa kira-kira 200 penumpang, kebanyakannya berkeluarga, bagi menyambut Nowruz yang menandakan tahun baharu bagi Kurdish dan kedatangan musim bunga, ketika terbalik.

Dalam kejadian itu, 12 penumpang diselamatkan. Feri itu dilaporkan terbalik tidak jauh dari tebing.

Sementara itu, laporan tidak rasmi menyatakan 55 disahkan lemas, termasuk 33 daripadanya adalah kanak-kanak. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close