Berita UtamaDuniaUtama

Gempa Lombok: Tiga lagi rakyat Malaysia dibenar pulang esok

Mangsa dirawat di hospital Nusa Tenggara Barat dianggap 'fit to fly'

LOMBOK, 14 Rejab 1440H, Khamis – Tiga rakyat Malaysia yang kini dirawat di sebuah hospital di Lombok setelah terlibat dalam kejadian gempa bumi di sini, Ahad lalu, akan dibenarkan pulang esok.

Mereka ialah; Phua Poh Guat akan menaiki penerbangan Garuda dan dijangka tiba di Sepang pada jam 5.10 petang esok; serta Wong Siew Lim dan Lee Chai Beng pula dijangka tiba dengan penerbangan Air Asia pada jam 11.30 malam.

Pengarah Rumah Sakit Umum Daerah Nusa Tenggara Barat Dr Lalu Hamzi Fikri berkata, mangsa yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki itu dianggap ‘fit to fly’ oleh pakar perubatan di sini, setelah menjalani pembedahan Isnin lalu.

“Kami telah mengadakan pertemuan antara kumpulan doktor dan wakil kedutaan. Melihat kepada tahap perkembangan dan rancangan terakhir kepada pesakit, apabila mereka sudah stabil untuk melakukan pemindahan darah,” katanya.

Beliau berkata, jika keadaan pesakit stabil secara klinikalnya, kita boleh menghantar mereka pulang.

Bagaimanapun, katanya, seorang lagi rakyat Malaysia, Shen Pek Chun masih belum boleh dibenarkan pulang kerana perlu menjalani beberapa proses klinikal dan insurans.

Selain itu, Shen juga dilaporkan akan terus ke Singapura bagi menyambung rawatan di sana sejurus dibenarkan pulang nanti.

Gempa bumi Ahad lepas menyaksikan dua rakyat Malaysia terbunuh, manakala tujuh tercedera dengan empat daripadanya menerima rawatan di hospital, dan 13 orang lagi terselamat.

Kesemua 22 warga Malaysia itu berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close