Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Demonstrasi terbesar rakyat Palestin di Gaza 30 Mac

Hamas atur persediaan mengadakan tunjuk perasaan 'Hari Tanah'

GAZA, 14 Rejab 1440H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sedang membuat persediaan bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran sempena ‘Hari Tanah’, yang menandakan ulang tahun pertama ‘The Great March of Return’, 30 Mac ini.

The Great March of Return dimulakan pada 30 Mac tahun lalu, membabitkan puluhan ribu penduduk Palestin berarak ke pagar sempadan memisahkan Gaza dengan Israel, menuntut Tel Aviv membenarkan jutaan pelarian Palestin kembali semula ke kediaman mereka yang dirampas.

Mereka juga menuntut pengepungan ke atas Semenanjung Gaza yang masuk tahun ke 12 ditamatkan segera.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, pihaknya sedang mengatur program bagi mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran pada 30 Mac ini.

“Memandangkan persediaan untuk demonstrasi besar-besaran itu, Israel tidak mempunyai apa-apa pilihan melainkan menerima tuntutan rakyat Palestin, di mana paling penting ialah menamatkan pengepungan.

“Rakyat Palestin akan tetap berdiri teguh mempertahan sebarang ancaman terhadap rakyat Palestin yang memerlukan perpaduan negara,” katanya.

Katanya, rejim Israel tidak akan mampu menghalang revolusi belia Palestin yang bersedia mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan tanah rakyat Palestin.

“Walaupun banyak beban dan kesusahan yang ditimpakan ke atas Gaza, rakyat Palestin masih mampu menangani usaha dan konspirasi untuk meletakkan keadaan tidak stabil di wilayah ini,” katanya.

Sejak demonstrasi itu dilancarkan, lebih 250 rakyat Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera, ditembak rejim pengganas Israel.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lain, Hamas mengutuk tindakan askar rejim Israel menembak mati Ahmad Manasra, 26 tahun, yang sedang memandu keretanya di Tebing Barat, semalam.

“Melancarkan lebih banyak kekejaman ke atas penduduk Palestin, Israel secara keliru menyangkakan bahawa darah rakyat kami akan sia-sia tumpah dan kami akan menggugurkan tuntutan.

“Sebaliknya, rakyat Palestin tidak akan melupakan mereka yang terkorban di tangan rejim Israel, dan akan tetap memberi tentangan. Rakyat Palestin akan terus menentang kependudukan haram Israel sehingga kebebasan, maruah dan kemerdekaan diperoleh,” kata Hamas. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close