Berita UtamaUtama

Amaran ribut petir di Pahang, Johor hingga malam ini

Gelombang haba di Semenanjung cecah 37 darjah Celcius

BANGI, 14 Rejab 1440H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 11 malam ini.

Antara kawasan terbabit ialah di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Selain itu, berdasarkan kemas kini METMalaysia setakat jam 4.45 petang tadi, status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Enam negeri meliputi 11 kawasan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

Kawasan disenaraikan ialah Chuping di Perlis; Kota Setar dan Pendang (Kedah); Hulu Perak dan Kinta (Perak); Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai (Kelantan); Jerantut (Pahang); dan Tangkak (Johor).

Gelombang haba itu dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Sementara, Sabah dan Sarawak pula mencatakan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close