Berita UtamaUtama

Langgar pesawat: Pekerja MAB meninggal selepas 2 hari dirawat

Semua penumpang, kru pesawat persendirian dari Subang selamat

KUALA LUMPUR, 13 Rejab 1440H, Rabu – Seorang kakitangan Malaysia Airport Berhad (MAB) yang terlibat dalam satu kemalangan di landasan Lapangan Terbang Subang kelmarin, meninggal dunia semalam.

“Selepas dua hari dirawat di unit rawatan rapi, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, telah meninggal dunia 6.45 petang hari ini,” kata MAB dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah binti Md Usuf dan empat orang anak berusia antara satu hingga 13 tahun.

“Kami menghulurkan bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa dan menguruskan urusan pengebumian. Keutamaan kami untuk memastikan keselesaan dan kebajikan keluarga dijaga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Syarikat itu menyifatkan Ruzaimi sebagai kakitangan berdedikasi dan komited sepenuhnya terhadap kerjanya.

“Dia menyerlah di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang indivdu dengan etika kerja yang cemerlang. Kehilangannya merupakan satu kehilangan untuk Malaysia Airports,” kata kenyataan itu.

Pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan kenderaannya dan sebuah pesawat persendirian di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kelmarin.

Malaysia Airports berkata, penumpang dan anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan pada kemalangan 3.20 pagi. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close