Pendapat

Hutang Baharu dan Malaysia Baharu?

Henti main politik, Pakatan Harapan perlu mula bela nasib rakyat

PERSIDANGAN Parlimen pada 18 Mac kecoh dengan ucapan bekas Perdana Menteri yang membaca laporan Bank Negara Malaysia berkenaan hutang negara yang meningkat sebanyak RM54.2 Billion dalam tempoh kurang lebih 6 bulan pemerintahan kerajaan PH pada tahun 2018.

Dari segi angka peningkatan ini sahaja, kerajaan PH seakan-akan telah bercanggah dengan kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini mengenai hutang negara RM1 trillion, mengurangan defisit dan laungan untuk mengurangkan hutang negara.

Tindakan meningkatkan hutang negara ini seolah-olah bercanggah dengan agenda yang mereka laungkan ketika mengimbil alih tampuk pemerintahan negara.

Hutang negara Malaysia mengalami peningkatan paling besar sebanyak RM55 Billion antara akhir tahun 2017 hingga akhir tahun 2018. Malah, dalam masa 2 bulan sahaja dalam tahun 2019, hutang rasmi negara meningkat sebanyak RM20.5 Billion menjadikan angka rasmi hutang negara kepada RM761.5 Billion.

Dalam keadaan Bantuan Sara Hidup dikecilkan segmen capaiannya, bonus kerajaan tidak meningkat, cadangan mengecilkan sector awam, pembatalan projek infrasturktur maka kita tertanya-tanya dimanakah perginya kesemua hutang ini?

Di manakah hutang ini dibelanjakan?

Siapakah yang mendapat kelebihan daripada peningkatan hutang ini?

Adakah rakyat juga yang terpaksa menanggung kesan daripada hutang ini di masa hadapan?

Disamping peningkatan hutang, kerajaan juga terus menjarah pendapatan petronas sebanyak RM82 Billion. Sekiranya kerajaan ingin mengamalkan integriti dan transperansi maka mereka perlu menyatakan secara jelas ke mana wang ini disalurkan?

Laporan unjuran IMF untuk tahun 2019 secara jelas menyatakan pertumbuhan ekonomi akan terus merosot akibat faktor dagangan dunia yang terus lembab dan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin merosot. IMF menganggarkan pertumbuhan ekonomi dunia merosot sebanyak 0.3%.
Dalam keadaan ini adakah tindakan terus meningkatkan hutang negara merupakan suatu tindakan yang bijak? Adakah tindakan mengecilkan sektor awam untuk masa sekarang merupakan tindakan yang tepat?

Seharusnya kerajaan perlu fokus meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menguatkan kuasa beli rakyat, meningkatkan keyakinan melabur melalui insentif-insentif serta mengelak daripada melakukan pengumuman yang tidak perlu seperti hutang negara 1 Trillion.

Strategi semasa yang perlu ditekankan kerajaan adalah pemantapan sektor pertanian menerusi fokus permintaan dalam negara kerana sektor ini kurang terjejas sekiranya berlaku perubahan besar pada ekonomi dunia. Kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan import makanan daripada luar negara. Masalah Felda perlu diselesaikan segera. Petani dan nelayan perlu terus diberikan insentif kerana mereka adalah fasa premier di dalam rantaian pengeluaran makanan negara.

Kita agak musykil mengapa Felda kurang diberi penekanan dalam Bajet 2019, insentif nelayan dan petani dipotong walhal mereka lah tonggak pengeluaran makanan negara ini.

Kita menyeru agar kerajaan PH berhenti bermain politik dan mula lah membela nasib rakyat yang terus terhimpit dan tertekan. Sekiranya tidak, rakyat tidak akan lupakan lima tahun yang pemerintahan PH yang mendukacitakan ini.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close