Berita UtamaDuniaUtama

Hampir 300 pelajar Palestin ditahan di penjara Israel

97 sekolah di Tebing Barat, Gaza jadi sasaran pencerobohan Zionis

RAMALLAH, 13 Rejab 1440H, Rabu – Menteri Pendidikan Palestin, Sabri Saidam mendedahkan sekurang-kurangnya 299 pelajar sekolah berada dalam tahanan penjara rejim pengganas Israel, lapor Anadolu.

Bercakap kepada pemberita di Ramallah, Sabri berkata, selain pelajar sekolah, rejim berkenaan turut menahan 30 kakitangan Kementerian Pendidikan Palestin.

Beliau berkata, tahun lalu, 47 pelajar telah mati syahid, manakala 3,191 yang lain cedera akibat ditembak rejim Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis.

Sekurang-kurangnya 97 sekolah menjadi sasaran pencerobohan Israel, termasuk 87 sekolah di Tebing Barat dan 10 lagi di Semenanjung Gaza, kata Sabri.

Menteri itu berkata, sekurang-kurangnya 47 pelajar Palestin terbunuh akibat ditembak Israel pada 2018, sekali gus menggesa masyarakat antarabangsa lebih bersikap tegas menamatkan kezaliman rejim Tel Aviv.

Difahamkan, kira-kira 6,000 rakyat Palestin sedang menderita di pusat tahanan Israel, termasuk wanita, kanak-kanak dan beberapa ahli Parlimen.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close