Berita UtamaIstimewaUtama

Kerusi menteri kosong lagi

Ingat Noh Omar saja, rupanya menteri PH pun 'dihalau', kata Najib

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 12 Rejab 1440H, Selasa – Masih berulang! Kemana hilangnya menteri? Hari ini, kerusi di barisan kerajaan kembali ‘sepi’.

Kebanyakan menteri dan Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus ‘ponteng’ daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, pada sesi pagi.

Kejadian seperti ini, bukan pertama kali berlaku. Keadaan sama pernah berlaku pada Mesyuarat Pertama dan Kedua, Penggal Pertama, Julai serta Oktober tahun lalu, hingga mencetuskan suasana ‘panas’ dalam dewan apabila pihak kerajaan gagal menjawab soalan pembangkang.

Pernah ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin terpaksa menjawab soalan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerana menteri dan timbalan menteri KDN tidak hadir.

Jawapan yang diberikan timbalan menteri berlainan portfolio juga menyebabkan suasana dalam dewan semakin ‘panas’.

Malah, Dewan Rakyat juga pernah terpaksa menangguhkan seketika sidang kerana kekurangan korum, sebelum diteruskan selepas Yang Dipertua, Datuk Mohamad Ariff mengumumkan terdapat 35 Ahli Parlimen hadir di dewan.

Di bawah Peraturan Mesyuarat 13, mesti ada sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen, daripada 222 kerusi, untuk membolahkan sidang diadakan.

Pada sesi persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, keadaan sama kembali berulang, apabila kerusi menteri dan timbalan menteri kosong, sehingga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Wee Ka Siong membuat teguran.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Najib menyindir ketidakhadiran anggota kerajaan apabila kebanyakan kerusi di barisan menteri kosong.

“Saya ingat Noh Omar seorang sahaja yang kena dihalau dari Parlimen hari ini oleh Timbalan Speaker, Nga Kor Ming. Rupa-rupanya, hampir semua menteri PH juga telah ‘dihalau’.

“Kita bersangka baik. Mungkin menteri PH tunjuk solidariti dengan Noh Omar kot. Hampir semua hilang lagi hari ini,” katanya yang turut berkongsi kenyataan Ka Siong berkenaan isu sama.

Terdahulu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam sempat merakamkan gambar kerusi di barisan kerajaan pada sesi pagi Dewan Rakyat hari ini, kosong.

“Kekosongan Menteri yang perlu diisi? Gambar ini dirakam pada sesi pagi di Dewan Rakyat ketika YB Tangga Batu sedang membahas.

“Nombor 8:17 itu menunjukkan baki masa yang diberi kepada pembahas untuk menghabiskan perbahasan beliau,” tulis Ka Siong.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close