Berita UtamaIstimewaKata PedangUtama

VIDEO | Ramai menteri, pemimpin Pakatan perlukan ‘telur’ Eggboy

"Dik, tolong datang Malaysia. Ramai menteri dan MP PH yang perlu ditelurkan." - Kata netizen laman sosial dalam Facebook Pedang

DEMIKIANLAH kesannya hasil tindakan seorang remaja Australia, Will Connolly, yang kini dijuluki ‘Eggboy’ terhadap seorang senator rasis Australia, sehingga ada pengguna laman sosial yang sanggup menaja percutian mewah dan memberi kereta Ferrari kepadanya.

Bagi sesetengah pihak, ‘Egg Boy’ Connolly, dianggap ‘cahaya’ dalam dunia yang penuh dengan tragedi dan kebencian.

Di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu, 50 jemaah yang hadir di dua buah masjid dibunuh kejam oleh seorang pengganas kelahiran Australia, manakala kira-kira 50 lagi, termasuk rakyat Malaysia cedera parah.

Brenton Tarrant, 28 tahun, menyerbu Masjid Al Noor tatkala umat Islam bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat. Sambil melepaskan tembakan rambang menggunakan raifal, dia merakam perbuatan itu yang disiarkan secara langsung dalam laman sosial.

Pada masa sama sebuah lagi masjid yang juga terletak di Christchurch turut diserang menyebabkan tujuh jemaah terbunuh.

Tanpa mengira lelaki atau perempuan, Tarrant terus melepaskan tembakan sehingga dia ditangkap.

Tatkala, pihak berkuasa berusaha mengenal pasti identiti semua mangsa, Senator Queensland dari Australia, Fraser Anning, mengeluarkan kenyataan menyalahkan mangsa pembunuhan itu.

Ketika dunia dalam keadaan terperanjat, berita gembira amat diperlukan – biarlah sebarang berita kecil atau secarik berita gembira pun akan diterima – bagi menolak andaian Anning yang menuduh umat Islam dan sistem di New Zealand itu sebagai punca serangan.

Sedang yang menjadi mangsanya adalah umat Islam, Pedang berpendapat kita tidak boleh membiarkan retorik sebegini berlaku dan bermain di mana-mana pun, apa lagi bagi seorang senator atau wakil rakyat, hatta di Malaysia sekalipun.

Kita tidak boleh membiarkan apa yang dikatakan oleh Anning menjadi perkara biasa dalam kehidupan dunia hari ini.

Sama juga kita tidak boleh membiarkan pemimpin parti politik di Malaysia bersandiwara, bermain dengan kata-kata rasis dan kemudian menarik balik kenyataan mereka, sebagaimana yang dilakukan ultra kiasu DAP sejak kebelakangan ini.

Walaupun, ketika belum menjadi kerajaan sudah banyak kenyataan pedih menyakitkan hati dikeluarkan pemimpin ultra kiasu, khususnya DAP, terhadap Islam dan bangsa Melayu, ianya masih berterusan sehingga sekarang, selepas mereka menjadi kerajaan.

Yang jelas, kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama dan pemuafakatan UMNO dan PAS adalah perisytiharan perang kepada bukan Melayu, juga sesuatu yang rasis.

Walaupun, kenyataan itu ditarik balik dan dipinda kepada “Lim beri amaran kerjasama UMNO-PAS akan menyasarkan bukan Melayu”, ianya tidak jauh beza dengan yang asal. Polis kemudian membuka kertas siasatan terhadap tuduhan itu yang didakwa melakukan hasutan. Tapi sehingga kini menteri kewangan itu, belum dipanggil memberi keterangan.

Kemudian, seorang lagi rakan politik Guan Eng yang sebelum ini terkenal barannya terhadap Islam dan Melayu pula menuduh kerjasama UMNO dan PAS itu akan mewujudkan pemerintahan ala Taliban.

“Jika PAS bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ketika umat Islam bersedih tragedi yang berlaku di New Zealand, tiba-tiba seorang wakil rakyat DAP, bangkit mengaitkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch itu, dengan kerjasama UMNO dan PAS, menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin mendakwa, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Dia kononnya bimbang mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama. Dia kemudian menarik balik kenyataan itu.

Dan, banyak lagi kenyataan yang dikeluarkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP, menyentuh sensitiviti agama dan bangsa, hingga sesetengah pihak semakin berani menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Pedang pun bimbang juga kalau ada orang Melayu, Islam yang terlebih berani di Malaysia. Jika sudah tidak tahan dengan kenyataan serta sindiran ultra kiasu yang menghina itu, kemungkinan suatu hari mereka hilang sabar. – Bermandi telur menteri atau wakil rakyat tertentu!

Dan, dalam kesedihan warga dunia atas tragedi yang berlaku di Christchurch itu, akhirnya, muncul juga seorang remaja yang memberi cahaya kepada kesedihan dunia – sebagai ‘hadiah’ kepada Anning kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Melalui tindakannya itu, Connolly menjadi terkenal sekelip mata dan diangkat sebagai hero antarabangsa. Dijuluki ‘eggboy’, klip video keberaniannya beredar di seluruh dunia.

Ramai yang meraikan keberanian ‘eggboy’ kerana kesanggupan untuk bertindak menangani komen senator dengan cara demikian.

“Dik, tolong datang Malaysia. Ramai menteri dan MP PH yang perlu ditelurkan.” Demikian komen netizen berhubung tindakan berani remaja itu.

Kata Pedang: Ada siapa-siapa di luar sana yang berani bertindak seperti ‘Eggboy’ terhadap mereka yang ‘mulut capoi’ di Malaysia?

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

‘Eggboy’ ditawar Ferrari di Dubai, percutian mewah 10 hari di Turki

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close