Berita UtamaIstimewaUtama

UEC boleh masuk program guru?

Sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah persendirian Cina tidak pernah diiktiraf, tiba-tiba timbalan menteri pendidikan uar-uarkan syarat lulus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan antara lain ialah sijil UEC

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 11 Rejab 1440H, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, hari ini mempertikai tindakan timbalan menteri pendidikan yang menguar-uarkan iklan kementerian itu dengan meletakkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat lulus mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Menerusi carian Ismaweb.net, Teo Nie Ching dalam laman sosial Facebook dan Twitternya, memaparkan iklan bagi mempelawa lulusan UEC, Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti program PISMP.

Berdasarkan laman web pismp.moe.gov.my, program itu meletakkan syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah, sebagai syarat akademiknya.

Pun begitu, ia juga meletakkan syarat tambahan yang mana membenarkan lulusan UEC dengan sekurang-kurangnya tiga gred kepujian pada peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML), untuk turut sama memohon program berkenaan.

Teo berkata, pengambilan SMA atau SMU adalah bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan.

Manakala pengambilan UEC adalah dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Hairan dengan pengumuman itu, Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, UEC sepatutnya masih dalam perbincangan, namun bertentangan dengan kenyataan menteri itu hari ini.

“Setahu saya, UEC ini masih dalam peringkat perbincangan, tetapi Timbalan Menteri sudahpun iktiraf. Eloklah tu. Makin berpecahlah kaum di negara ini apabila UEC diterima,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau sebelum ini pernah dijemput berbincang dengan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) dan pernah menggesa Kementerian Pendidikan membubarkan pasukan itu kerana wujud konflik kepentingan, apabila Timbalan Presiden Dong Zong, Tan Yew Sing adalah salah seorang daripada anggota utama PDDUEC.

Dong Zhong adalah Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia yang sejak sekian lama mendesak kerajaan mengiktiraf UEC yang diguna pakai sekolah persendirian Cina.

UEC pula adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996, dan tidak pernah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

“Jadi lepas ini jangan lagi laungkan perpaduan kaum kalau kita sendiri terima sekolah vernakular ini. Nama saja duduk di Malaysia tetapi hati dan perasaan masih di tempat lain. Bak kata orang, ‘tidur sebantal tapi mimpi lain-lain’,” kata Haji Aminuddin.

Terus terang saja Melayu dalam PH tolak UEC: Prof Teo Kok Seong

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close