Berita UtamaDuniaUtama

Orang awam cedera lelaki lepas tembakan rambang di Belanda

Polis siasat kemungkinan serangan pengganas di bandar Utrecht

AMSTERDAM, 11 Rejab 1440H, Isnin – Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah dataran di bandar Utrecht, Belanda, sehingga mencederakan beberapa orang awam, kata polis.

BBC melaporkan, tembakan itu berlaku dekat persimpangan 24 Oktoberplein pada jam 10.45 pagi waktu tempatan (5.45 petang waktu Malaysia).

“Seorang lelaki dilihat mula menembak secara rambang,” kata saksi mata kepada laman berita NU.nl di Belanda.

Saksi lain memberitahu media Belanda NOS, seorang wanita yang cedera berlumurkan darah di tangan dan pakaiannya.

“Saya bawa dia ke dalam kereta saya dan membantunya. Bagaimanapun, apabila polis tiba, dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Lelaki bersenjata itu dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat ‘kemungkinan motif pengganas’.

Sementara itu, media Belanda melaporkan, koordinator antikeganasan negara itu mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Mark Rutte.

Pihak berkuasa pengangkutan Utrecht berkata, perkhidmatan trem di bandar raya dibatalkan buat sementara waktu.

Dataran berhampiran stesen trem di barat bandar itu juga telah dikepung oleh pihak berkuasa dan perkhidmatan kecemasan yang berada di tempat kejadian. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close