Berita UtamaUtama

Simpatilah dengan rakyat wahai menteri-menteri PH: Najib

Sungguh tak sangka rakyat kena rayu minta sedekah dengan Putrajaya

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 10 Rejab 1440H, Ahad – “Mengalir air mata membaca berita ini. Hanya makan sekali sehari. Terpaksa tahan lapar sebab duit tak cukup dan harga barang mahal. Itulah nasib siswa-siswi kita hari ini”.

Demikian luahan Datuk Seri Najib Razak mengulas laporan Berita Harian mengenai pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan.

Laporan itu menyatakan ramai mahasiswa mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik.

Sehubungan itu, Najib mempersoal tindakan kerajaan dalam usaha membela, membantu dan meningkatkan kehidupan rakyat.

Katanya, beliau masih ingat ketika pembentangan Bajet 2019 apabila kerajaan menyebut ianya belanjawan paling besar dalam sejarah, malah pendidikan menerima peruntukan terbesar.

“Ya, Bajet 2019 RM314.5 bilion. Tapi ke mana? Ya, Bajet pendidikan RM60.2 bilion. Tapi diguna untuk apa? Apa gunanya kalau siswa kita kelaparan?

“Bersimpatilah dengan rakyat, wahai menteri-menteri PH. Sungguh tidak sangka rakyat kini perlu melutut, merayu, meminta sedekah hari ini dengan Putrajaya.” katanya di Facebook beliau, hari ini. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close