Berita UtamaUtama

Mayat rentung ditemui, polis syaki kes bunuh

Siasatan awal mendapati mungkin mayat seorang lelaki warga asing

ALOR SETAR, 10 Rejab 1440H, Ahad – Polis percaya mayat yang ditemui dalam keadaan tertiarap dan rentung di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit di sini semalam, adalah mayat seorang lelaki yang dibunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan pakar forensik mendapati terdapat jerami di bawah mayat itu yang tidak terbakar, sekali gus menyimpulkan kemungkinan pembunuhan berlaku di tempat lain sebelum mayat dibuang di kawasan itu.

“Siasatan kita mendapati jerami di kawasan terbabit dibakar pada 1 Mac lepas dan mayat hanya ditemui semalam. Kita sedang mengenal pasti identiti sebenar lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ia mungkin mayat seorang lelaki warga asing berumur antara 30-an dan 40-an, dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kes bunuh.

Semalam media melaporkan polis menerima laporan berhubung penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terbakar di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit di sini daripada orang awam pada kira-kira jam 11.40 pagi. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close