Berita UtamaIstimewaUtama

KEMAS KINI | Editor akhbar Malaysia antara terbunuh gempa bumi di Lombok

Enam lagi yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru masih hilang

KUALA LUMPUR, 10 Rejab 1440H, AhadSeorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang tadi.

Menurut agensi berita Indonesia, Antara, mayat mangsa dilaporkan ditemui tersepit dan tertimbus di celah runtuhan batu di kawasan berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Memetik Pegawai Hubungan Masyarakat Operasi Mencari dan Menyelamat Mataram, Lombok, Gusti Lanang Wisnuwandana, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu masih belum dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian.

“Ada satu korban lagi yang ditemukan dalam kondisi (keadaan) tersepit batu berukuran besar di sekitar lokasi air terjun Tiu Kelep. Tapi identitasnya (identiti) belum diketahui,” katanya.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun masih belum mempunyai maklumat terperinci.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif, akhbar Sin Chew Daily, yang juga isteri kepada Ketua Pengarang China Press, Datuk Teoh Yang Khoon, Datin Tai Siew Kim, 56, disahkan terbunuh dalam kejadia itu.

Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter yang menggegarkan Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada jam 2.07 petang waktu tempatan, hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi, menyatakan mangsa yang terkorban bersama enam yang lain dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Timur, ketika gempa itu melanda.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap semua mangsa serta keluarga mereka ekoran insiden itu,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra turut menyarankan rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk melapor diri di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atau menghubungi talian +62 813 8081 3036 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Malaysia di Jakarta Indonesia, Mohd Hail Aniff Mohd Fauzi mengesahkan identiti mangsa berkenaan. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close