Berita UtamaUtama

Hukuman, denda cemar alam sekitar tak takutkan pesalah

Selangor mahu kuat kuasa lebih ketat undang-undang alam sekitar

SHAH ALAM, 10 Rejab 1440H, Ahad – Kerajaan Selangor mahu menguatkuasakan undang-undang lebih ketat dalam usaha menangani isu berkaitan pencemaran alam sekitar di negeri itu, kata Menteri Besar Amirudin Shari.  

Beliau berpendapat, mungkin hukuman dan denda sedia ada berkaitan pencemaran alam sekitar tidak memberi kesan atau menakutkan pelaku kesalahan berkenaan.       

“Mungkin jumlah saman dan hukuman itu kurang menakutkan kepada pelaku sebelum ini. Kita akan tengok mekanisma tertentu bagaimana tangani masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-47 Peringkat Selangor, di sini, hari ini.        

Amirudin berkata pihaknya akan berbincang bersama Penasihat Undang-undang negeri bagi mencari cara penguatkuasaan yang lebih berkesan dan efektif bagi menangani isu alam sekitar.        

Mengulas berkenaan kes pencemaran di kolam takungan banjir di Taman Eng Ann berhampiran Sungai Klang Khamis lepas, Amirudin berkata, kerja pembersihan dijangka selesai hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima pada pukul 10 malam tadi, lebih 60 peratus kawasan sudah berjaya dibersihkan.          

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Klang, Datuk Teng Chang Kim dilapor berkata, kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk menggunakan kaedah ‘oil boom’ dan ‘oil pad’ iaitu bagi menyerap serta menyekat sisa bahan kimia tersebut. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close