Berita Utama

Dua pemuda lemas mandi di air terjun: Polis

Mayat ditemui dalam kawasan lubuk sungai sedalam 3 meter

TAIPING, 10 Rejab 1440H, Ahad –  Kegembiraan empat remaja lelaki mandi-manda di kawasan Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau tengah hari tadi, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka  mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, masing-masing dari Kampung Perak dan Kampung Sungai Ara, Batu Kurau.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.45 tengah hari.

“Semasa sedang mandi, seorang daripada mangsa dipercayai hampir lemas dan salah seorang kawan cuba membantu tetapi kedua-dua mereka akhirnya lemas.

“Rakan-rakan mangsa yang lain meminta bantuan orang kampung yang kemudian berjaya menjumpai kedua-dua mayat dalam kawasan lubuk sungai sedalam tiga meter itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dituntut waris masing-masing. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close