Berita UtamaDuniaUtama

Pengganas serang masjid didakwa tuduhan membunuh

Brenton Tarrant ditahan sehingga 5 April tanpa mohon ikat jamin

CHRISTCHURCH, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Lelaki kelahiran Australia yang membunuh kira-kira 49 jemaah yang sedang solat Jumaat di masjid Christchurch semalam, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh hari ini.

Mahkamah memutuskan Brenton Tarrant, berusia 28 tahun ditahan reman sehingga 5 April depan. 

Memakai baju lokap bewarna putih serta bergari, bekas pengajar kecergasan itu hanya berdiam ketika tuduhan dibacakan, dan tidak membuat sebarang rayuan ikat jamin.

Sebelum melakukan keganasan, Brenton Tarrant ada mengeluarkan manifesto di akaun Twitter, mendakwa ‘berhubung’ dengan Anders Breivik, yang membunuh 77 orang di Norway pada tahun 2011.

Dakwanya, dia mendapat restu untuk melakukan pembunuhan besar-besaran, malah turut menyebut nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam manifestonya.

Tarrant juga mahu membalas dendam kerana ‘bimbang’ mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand

Serangan keganasan yang dirakam Brenton dalam video telah disiarkan secara langsung kepada Facebook melalui kamera badan dan ramai pihak melihat ianya seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Setakat ini, polis New Zealand masih memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close