Berita UtamaUtama

Pemimpin kerajaan PH jadi menteri rasis sekelip mata

Pemimpin Islam dan Melayu dalam kerajaan tak berguna sedikit pun untuk membela bangsa dan agama

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, sekali lagi mengingatkan kerajaan supaya sentiasa meletakkan kepentingan nasional mengatasi kepentingan satu kaum semata-mata.

Kesal dengan sikap pemerintah hari ini, Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, lebih malang lagi apabila pemimpin yang sepatutnya menjadi kerajaan untuk membela nasib rakyat, bertukar menjadi menteri rasis dalam sekelip mata.

Atas dasar itu, beliau menegaskan, Isma akan berterusan menentang sebarang rancangan kerajaan yang menggugat kepentingan nasional, termasuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, yang dianggap sebahagian daripada agenda rasis.

Lebih menyedihkan lagi, kata beliau, kebanyakan pemimpin Islam dan Melayu dalam kerajaan – kononnya Malaysia Baharu – tidak berguna sedikit pun untuk membela bangsa serta agama mereka.

“Ketika pemimpin-pemimpin parti komponen lain dalam PH telah bertukar menjadi lembaga yang ekstrem, rasis, radikal dan bersuara lantang untuk kepentingan kaum masing-masing, menteri-menteri Melayu masih terpinga-pinga kebingungan.

“Yang lebih menghinakan ialah mereka terpaksa melutut kepada menteri DAP demi meraih belas ihsan untuk menagih bajet,” katanya.

Berucap dalam Ucapan Dasar Amir sempena Mesyuarat Agung Isma Ke-16 hari ini, Abdullah Zaik kesal dengan pemerintahan yang belum cukup 10 bulan itu, apabila PH yang konon dahulunya memperjuangkan keadilan, kebebasan serta hak asasi, kini lupa dengan perjuangan berkenaan.

“Bukan itu sahaja, bahkan mereka gagal melaksanakan semua janji-janji yang mereka berikan. Ini tidak termasuk lagi isu pemalsuan kelulusan akademik dan sebagainya (kelihatan segalanya palsu).

“Keadaan semakin hari semakin teruk apabila Perdana Menteri kelihatan tidak lagi mampu mengawal kerajaan dan Menteri Kewangan DAP menjadi begitu berkuasa dalam memutuskan segala perkara,” katanya.

Terus komited dengan wajah dan susuk baharu dalam mendepani cabaran masa hadapan, Abdullah Zaik berkata, Isma akan mengambil tanggungjawab untuk memimpin kumpulan pendesak bagi menangani sebarang sikap ekstrem, radikal dan rasis yang bakal berlaku disebabkan penguasaan bukan Islam dalam kerajaan baharu ini.

“Dari awal lagi Isma telah membuat pendirian bahawa kerajaan baharu akan membawa malapetaka kepada umat Islam. Majoriti umat Islam akan menjadi kaum terpinggir dan menjadi mangsa diskriminasi di tanah airnya sendiri.

“Kita menyatakan pendirian yang tegas bahawa kerajaan baharu yang dikuasai oleh bukan Islam perlu ditamatkan tempoh hayatnya dengan segera,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close