Uncategorized

Hadis 40 Imam Nawawi rangkum aspek penting amalan agama Islam

Sokong usaha KPM laksana pengajaran hadis ini di setiap sekolah

HADIS 40 himpunan Imam Nawawi menghimpunkan hadis-hadis tonggak dalam agama Islam. Kita menyokong usaha KPM untuk melaksanakan pengajaran hadis 40 ini ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Sebahagian orang Islam mengambil hadis-hadis secara terpilih. KPM sudah tentu tidak akan mengambil pendekatan memilih seperti yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam. Dengan itu kefahaman pelajar-pelajar terhadap Islam akan sempurna kerana himpunan hadis 40 Imam Nawawi merangkumkan aspek-aspek penting dalam amalan agama Islam.

Antara hadis yang sebahagian umat Islam tak minat nak baca adalah dua hadis di dalam himpunan hadis 40 ini. Saya kongsikan dua hadis ini di bawah. Selepas ini hadis-hadis ini akan dibaca, dihafal dan difahami sebaiknya oleh semua pelajar Islam. .

Hadis 08: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka…

Rasulullah SAW bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan shalat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah Taala.

Hadis 14: Tidak halal darah seorang Muslim melainkan dengan tiga perkara…

Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahawa saya (Rasulullah) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab: Duda/janda (orang yang telah pernah menikah) yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jemaahnya.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Perunding Kanan Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button