Dunia

Masjid di Jerman terima surat ancaman hina Islam

Ugutan mahu hapuskan Islam, pelaku belum dikenal pasti

COLOGNE, 25 Rabiulawal 1442H, Rabu – Sebuah lagi masjid di bandar Duisburg, Jerman menerima sepucuk surat berbentuk ancaman yang mengandungi kenyataan berbaur Islamophobia dan perkauman. 

Surat yang tidak dinamakan itu dihantar ke Masjid Muradiye, dengan kandungannya menghina rakyat Turki serta orang Islam. 

Ketua Pentadbir Masjid Muradiye, Ramazan Ceylan berkata, ia adalah surat ancaman ketiga yang diterima. 

“Kami menjalankan kegiatan dalam kerangka tanggungjawab sosial dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat di Jerman. 

“Ini adalah kali ketiga, pelaku surat kebencian sebelum ini juga masih belum dikenal pasti,” katanya. 

Masjid Muradiye dikendalikan oleh kumpulan muslim-Turki (DITIB). 

Sebelum ini, Masjid Aqsa – yang turut dikendali oleh DITIB – di bandar Hufingen turut menerima surat ancaman sama pada minggu lalu. 

Surat berkenaan menyebut bahawa Islam bukan untuk Jerman mahupun Eropah, selain mengugut akan menghapuskan Islam dari negara berkenaan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button