Berita UtamaUtama

Sasar 100,000 ahli 4 tahun lagi

Isma kini ada 36 cawangan seluruh negara dan 9 di luar negara

Oleh Ainaa Syaza Khusli 
Wartawan Pelatih Universiti Sains Malaysia

PUTRAJAYA, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Kira-kira 431 perwakilan dan 500 pemerhati seluruh Malaysia menghadiri Majlis Mesyuarat Agung (MATK) kali ke-16 Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di Dewan Mesmera, The Everly, hari ini.

Upacara perasmian MATK pagi tadi meyaksikan simbolik dua bilah sundang dipasakkan oleh Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahya bersama Amir Isma,Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.


Mesyuarat bertemakan ‘Menebus Kedaulatan Menjulang Peradaban’ bakal menyaksikan pemilihan Barisan Jawatankuasa Pusat (JKP) bagi penggal baru selama empat tahun bermula Mac ini.



Presiden, Haji Aminuddin ketika ucapan aluan berkata, Isma mempunyai hampir 50,000 ahli aktif, namun empat tahun mendatang kita menyasarkan 100,000 ahli berdaftar.

Katanya, Isma yang sudah 22 tahun bertapak di Malaysia, semakin mendapat perhatian rakyat negara ini sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan dominasi umat Islam dan Melayu.

Setakat ini, Isma mempunyai hampir 36 cawangan Isma berdaftar di seluruh negara manakala 9 cawangan lagi di luar negara.

Turut hadir di MATK Isma ke-16 kali ini adalah; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden Berjasa, Datuk Ir Ts Badhrulhisham Abdul Aziz; Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Wira Masood Zainal serta barisan kepimpinan badan kerajaan dan NGO yang lain.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close