Berita UtamaUtama

AS, Britain, Perancis, Singapura ingin tahu siapa biayai Isma

Ikatan Muslimin Malaysia tak kisah digelar NGO rasis, ekstrem

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana hari ini menegaskan tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak, dalam perjuangkan agenda memartabat kedaulatan bangsa dan agama.

Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, banyak pihak termasuk dari Amerika Syarikat (AS), England, Perancis dan Singapura berminat mahu mengetahui pihak yang membiayai Isma.

Menjelaskan hakikat sebenar, beliau berkata, Isma sejak dahulu bergerak di atas pengorbanan ahli-ahlinya, yang kini sudah mencecah 50,000 orang dari seluruh negara.

“Justeru, saya menggesa seluruh ahli dan perwakilan yang ada, supaya balik nanti meneruskan agenda kita membuka keahlian seramai mungkin.

“Kita menyasarkan 100,000 dalam masa empat tahun lagi. Walaupun sasaran itu tidak besar jika mahu dibandingkan dengan parti politik, tetapi dalam konteks NGO, jumlah itu bukan sebarangan,” katanya.

Berucap pada Mesyuarat Agung Isma Ke-16 di sini hari ini, Aminuddin berkata, Isma sering menjadi perhatian kerana dilabel sebagai ektremis oleh sesetengah pihak, termasuklah kerajaan dahulu.

“Termasuk perdana menteri dahulu, takut dengan kita. Nak jumpa tak boleh dan ‘declare’ kita dalam satu majlis yang dihadiri sendiri oleh saya dengan mengatakan Isma ini antara rasis.

“Tapi tak mengapa, bossku. Masa akan menentukan siapa Isma sebenarnya,” katanya.

Katanya, apabila Isma mengangkat slogan ‘Melayu sepakat Islam berdaulat’, ramai pihak juga mencemuh dan menganggap kita membawa agenda parti tertentu.

“Sehingga Presiden PAS pun mengatakan kita ini macai dan barua UMNO. Tak mengapa kita terima, tetapi kita yakin hari ini apa yang diperkatakan sebelum ini menjadi kenyataan dan dilaungkan bersama-sama oleh parti lain.

“Kalau dahulu kita sebut Melayu, mereka kata ini rasis. Tapi hari ini semua sebut Melayu termasuk parti yang disebut multiracial, pimpinan mereka mula berkata betapa pentingnya memperjuangkan agenda orang Melayu.

“Bagi saya ini merupakan satu kejayaan yang kita capai,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close