Berita UtamaDuniaUtama

Sekolah di Atlanta pamer peta Palestin ganti Israel

Ibu bapa keturunan Yahudi tuduh sekolah cuba hapus budaya Israel

ATLANTA, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Sebuah sekolah menengah di pinggir bandar, di sini mempamerkan peta yang menggantikan seluruh kedudukan negara haram Israel kepada Palestin.

Peta berkenaan dipamerkan di atas satu meja khas untuk acara tahunan di sekolah menengah Autrey Mill di Alpharetta.

Disebabkan perkara itu, beberapa ibu bapa yang berketurunan Israel dan Yahudi mengutuk pameran peta berkenaan, kerana disifatkan untuk mempromosikan kesedaran budaya di Palestin dan menghapuskan Israel.

“Pelajar dan sesiapa sahaja yang melihat pameran itu semalam, mereka pastinya tidak tahu cerita sebenar di sebalik perkara ini.

“Sebaliknya, mereka hanya fikirkan bahawa itu adalah peta Palestin,” kata salah seorang ibu pelajar yang mengutuk pameran itu.

Sementara itu, Pengetua Autrey Mill, Trey Martin dalam suratnya kepada ibu bapa berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir mereka yang mengutuk malam silang budaya berkenaan dan mengaitkannya dengan politik.

“Saya amat kecewa dan kesal dengan pihak yang mengaitkan politik dan geografi yang tidak sensitif. Pameran peta itu tidak mewakili sekolah, sebaliknya nilai dan perpaduan.

“Kami mengutuk perkara ini kerana menggunakan malam silang budaya untuk agenda politik atau agama pihak tertentu.

“Sila maklumkan bahawa pameran ini tidak diterima dan disokong oleh kakitangan Autrey Mill. Sekolah ini untuk pelajar bukan politik,” katanya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close