Berita UtamaDuniaUtama

Rejim Israel serang Gaza lagi

Zionis tuduh Hamas bertanggungjawab serangan roket di Tel Aviv

GAZA, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Rejim pengganas Israel melancarkan serangan bom ke atas dua pos keselamatan Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza, awal pagi ini.

Tentera Israel mendakwa, serangan ke atas kawasan Hamas itu dilancarkan beberapa jam selepas dua roket menyerang Tel Aviv.

Serangan berlaku di bandar selatan Khan Younis, kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar Gaza.

Pesawat perang boleh didengar jelas berlegar di ruang udara di bandar Gaza, di mana asap letupan juga dapat dilihat dari jauh.

Israel menuduh pemimpin Hamas bertanggungjawab terhadap serangan dari wilayah itu.

Hamas bagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Tel Aviv.

Mengambil langkah berbeza, Hamas berusaha untuk menghalang keadaan menjadi lebih serius. Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan roket itu menentang konsensus nasional dan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap pelaku.

Serangan ke atas kedua-dua wilayah berkenaan bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close