Berita UtamaUtama

Rakyat Malaysia antara mangsa tembakan di Christchurch

Suruhanjaya Tinggi Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa untuk dapatkan butiran lanjut mengenai mangsa

CHRISTCHURCH, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Menerusi kenyataan di Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

“Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada pukul 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa,” katanya.

Suruhanjaya berkenaan turut meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau mwwellington@kln.gov.my.

Menurut laporan, polis di New Zealand telah mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

“Seorang telah ditahan, bagaimanapun polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain…. Ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahkan fakta ini…,” kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close