Berita UtamaDuniaUtama

Penyerang masjid puji Trump

Presiden AS dianggap simbol pembaharuan identiti kulit putih

CHRISTCHURCH, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Lelaki kelahiran Australia yang membunuh kira-kira 41 jemaah yang sedang bersolat Jumaat di Masjid Al Noor di sini hari ini, mengeluarkan manifesto yang turut menyebut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dia juga menyebut mengenai ekstremis kulit putih Norway, Anders Breivik yang membunuh 77 orang di Norway pada 2011 lalu.

Dokumen manifesto 74 muka surat oleh Brenton Tarrant, 28 tahun, yang disifatkan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison sebagai ‘kerja membenci’, memuji dan menganggap Trump sebagai simbol pembaharuan identiti kulit putih dan sama tujuannya.

Lelaki terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa New Zealand selepas insiden yang turut mencederakan puluhan jemaah di dua masjid di sini, mendakwa dia juga ‘berhubung’ dengan Breivik dan mendapat restu untuk melakukan pembunuhan besar-besaran.

Dokumen itu turut menyatakan bantahan terhadap imigrasi, kepelbagaian budaya, dan merendahkan budaya kulit putih Barat.

Pada masa sama, seorang Senator Australia, Fraser Anning mengeluarkan kenyataan menyalahkan umat Islam dan program pemindahan.

Dia mendakwa, punca kejadian berdarah di New Zealand hari ini disebabkan program perpindahan yang membenarkan muslim yang fanatik berpindah ke negara itu.

Kenyataannya itu bagaimanapun, dikecam Morrison.

“Tuduhan Anning yang menyalahkan mangsa dan program perpindahan itu adalah menjijikkan. Pandangan seperti ini tidak sepatutnya ada di Australia,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close