Berita UtamaDuniaUtama

Lebih 30 terbunuh serangan udara AS di Afghanistan

Serangan terbaharu sasar kubu militan di wilayah Ghazni

KABUL, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Lebih 30 terbunuh dalam siri serangan udara terbaharu yang dilancarkan di tenggara Afghanistan, ketika negara itu masih berduka atas kejadian sama yang menyebabkan ramai orang awam turut terkorban.

Kementerian Pertahanan Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, insiden terbaharu itu berlaku selepas serangan udara yang menyasarkan kubu militan di wilayah Ghazni, sehari sebelumnya.

Kementerian bagaimanapun tidak menyatakan dalang serangan itu, namun jurucakap Gabenor Ghazni, Mohammed Aref Noori berkata, ia berkemungkinan dilakukan oleh pasukan Amerika Syarikat (AS).

Korban awam daripada serangan udara yang dilakukan tentera AS meningkat di seluruh Afghanistan sejak beberapa bulan lalu.

Pada November tahun lalu, serangan udara AS membunuh sekurang-kurangnya 30 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita di wilayah selatan Helmand.

AS meningkatkan serangan udara kononnya untuk memberi tekanan kepada Taliban bagi menerima rundingan untuk mengakhiri pemberontakan selama 18 tahun.

Misi bantuan PBB di Afghanistan mencatatkan 649 orang awam terkorban dalam serangan udara pada sembilan bulan pertama tahun lalu.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close