Berita UtamaDuniaUtama

[KEMASKINI] 40 maut serangan keganasan di Christchurch

Saksi beritahu lelaki bersenjata api masuk kawasan masjid sebelum melepaskan tembakan ketika jemaah sedang solat Jumaat

CHRISTCHURCH, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa insiden tembakan rambang di enam lokasi berbeza, termasuk dua buah masjid di sini, hari ini, lapor Al Jazeera.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu sidang media berkata, 20 yang lain disahkan cedera parah dalam serangan keganasan itu.

“Ini akan menjadi momen paling duka di New Zealand.

“Ia adalah satu keganasan yang tidak pernah berlaku di New Zealand. Tiada tempat untuk keganasan melampau seperti itu di New Zealand,” kata Ardern.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis, Mike Bush mengesahkan telah menahan empat suspek, membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita.

Saksi insiden berkenaan, Sam Clarke yang juga wartawan TVNZ berkata, seorang lelaki bersenjata api memasuki kawasan masjid sebelum melepaskan tembakan rambang.

“Seorang lelaki bersenjata – berpakaian hitam, bertopi kaledar dan bersenjata api – masuk dari arah belakang masjid sebelum melepaskan tembakan ketika jemaah sedang sembahyang,” kata Clarke.

Polis mengesahkan bahawa insiden tembakan kedua berlaku di masjid Linwood ketikan solat Jumaat di bandar Pulau Selatan. Bagaimanapun tidak butiran lanjut dimaklumkan.

Serangan itu juga turut menyebabkan seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden itu, yang kini dirawat di sebuah hospital.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close