Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Israel rampas 10,000 hektar tanah Palestin

60 peratus tanah dirampas sepenuhnya tanpa beri pampasan saksama

BAITULMAQDIS, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Negara haram Israel merampas tanah Palestin kira-kira seluas 10,000 hektar (24,700 ekar) dalam tempoh 50 tahun atas alasan keperluan keselamatan, tetapi hampir separuh telah dijadikan penempatan di Tebing Barat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkanPertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Kerem Navot, hampir 47 peratus daripada tanah yang diambil daripada Palestin, kini digunakan untuk perumahan dan pembinaan jalan raya.

Laporan itu menyatakan, pada mulanya tanah berkenaan dijadikan sebagai infrastruktur ketenteraan, tetapi kemudiannya diserahkan kepada pemaju.

Penulis laporan, Dror Etkes berkata, hasil penyelidikan mendapati 60 peratus tanah Palestin yang diambil alih rejim Israel, kini dirampas sepenuhnya, serta tiada mekanisme pemberian pampasan yang saksama.

Malah, Pihak Berkuasa Palestin (PA) sendiri mengikut Perjanjian Oslo tidak dapat menghentikan tindakan Israel.

Etkes berkata, walaupun kes membatalkan penyitaan jarang berlaku, tetapi tidak pernah sekalipun tanah itu dikembalikan dalam keadaan yang sama sebelum dirampas.

Sehingga kini kira-kira 450,000 rejim Israel menetap di kawasan penempatan yang sebenarnya telah melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close