Berita UtamaUtama

Heret segera kilang buang toksik ke muka pengadilan

Malaysia sudah ada undang-undang pengurusan sisa berbahaya

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Rejab 1440H, Jumaat – Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk segera mengheret kilang yang membuang sisa toksik di Sungai Kim Kim ke muka pengadilan.

Presiden Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, insiden yang menimpa pelajar sekolah dan penduduk Pasir Gudang adalah tragedi hitam buat negara.

Justeru katanya, kelemahan penguatkuasaan mesti diambil kira, terutama berkenaan lesen yang diberi untuk beroperasi dan aspek pembuangan sisa toksik.

“Apa yang membimbangkan sekiranya kilang yang dikenal pasti adalah kilang yang beroperasi secara haram. Kita harap undang-undang dapat dikuatkuasakan dengan sebaiknya agar keselamatan dan kesihatan awam terpelihara,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Malaysia telah mengwujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan mengenai keselamatan kimia dan pengurusan sisa berbahaya.

“Antaranya seperti Classification Packaging and Labelling (CPL), CIMAH dan lain-lain, dibawah pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Jadi tiada isu untuk membuang sisa kimia sehingga jejaskan nyawa penduduk,” katanya.

Semalam, semua pengusaha kilang di sekitar Pasir Gudang, diingatkan untuk menyimpan bahan kimia berbahaya dan tidak membuang sisa berkenaan secara panik.

Ia berikutan Jabatan Alam Sekitar (JAS sudah mengenal pasti 252 kilang kimia di sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, lapan kilang sudah diperiksa setakat ini dan mereka tidak akan berdepan masalah sekiranya sisa bahan kimia itu masih ada di premis mereka.

“Kita akan tengok pada kilang yang sudah tidak ada sisa berkenaan. Premis itu akan disiasat lebih lanjut bagi memastikan ia tidak dibuang merata-rata,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close